Ayam

Kepak Ayam Manis Pedas Bakar Guna Oven

kepak-ayam-manis-pedas-bakar-guna-oven

Kepak Ayam Manis Pedas Bakar Guna Oven

Bila saya masak kepak ayam dalam oven begini untuk party, memang habis dalam sekelip mata. Pedas dan manis rasanya, memang kegemaran ramai.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg kepak ayam – Bersihkan dengan air hingga jernih, toskan hingga kering.
  • Madu (honey)

Bahan Rempah:

  • 1 sudu kecil serbuk jintan
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 2 sudu kecil serbuk bawang
  • 2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)
  • 1 Sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Satukan semua rempah dan kemudian campurkan dengan kepak ayam dan gaulkan hingga sebati. Perapkan selama 30 minit (kalau semalaman lagi sedap).

2. Susunkan kepak ayam di dulang ketuhar. Dan masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

3. Pertama, pada suhu 150C selama 20 minit. Kemudian terbalikkan kepak ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas kepak ayam dan bakar lagi selama 10 minit.

4. Akhir sekali, campurkan madu dengan kepak ayam dan bakar pada suhu 200C hingga keperangan dan rangup. Lebih kurang 10 hingga 20 minit. Bergantung pada ketuhar masing-masing dan kalau nak ranggup ke atau tidak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Goreng Seringgit

5. Bila dah cukup ranggup, keluarkan dari oven, dan dah boleh dihidangkan. Tapi jangan makan terus dari oven, panas tu. Resipi ini lebih sihat dan lebih senang dibuat daripada di goreng dengan minyak.

Petua: Rasa manis dan pedas tu ikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba.

Kepak Ayam Manis Pedas Bakar Guna Oven

Resepi Oleh: Victoria Van Bennekum