Biskut

Resepi Simple Oatmeal and Raisin Cookies

resepi-simple-oatmeal-and-raisin-cookies

Resepi Simple Oatmeal and Raisin Cookies

Jumpa bahan-bahan dalam stor, ada “rolled oats”, ada kismis. Buatlah projek “Oatmeal and Raisin Cookies”. Saja buat cara senang, tak payah nak guna mixer. Kalau ada anak kecil, boleh ajak buat sama-sama sambil belajar mengira dan buat pecahan – 1, 1/2, 3/4.

Kalau anak balik asrama, bekalkan cookies ni dalam tin biskut, agaknya satu malam dah khatam.

Bahan Adunan Oat:

  • 200 gm butter
  • 2 cawan raisins
  • 2 cawan quick cooking oats/rolled oats

Bahan Adunan Tepung: Dalam sebuah mangkuk – ayakkan

  • 1 tiga suku cawan tepung all purpose
  • 1 sudu kecil bicarbonate of soda
  • 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 1/2 sudu kecil garam

Ketepikan

Bahan Adunan Telur: Dalam mangkuk besar – whiskkan

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula putih
  • Setengah cawan brown sugar / Demerara / Raw sugar (mana-mana pun boleh)
  • 1 sudu besar esen vanilla

Cara Membuat:

1. Cairkan 200 gm butter dalam periuk. Masukkan 2 cawan raisins dan 2 cawan quick cooking oats atau 3 cawan rolled oats. Gaul rata, ketepikan dan sejukkan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Cheesekut Nestum

2. Panaskan oven dengan suhu 160c. Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak atau parchment paper. Campurkan kesemua bahan adunan telur dengan adunan tepung dan adunan oat. Gaul rata dengan senduk.

3. Letakkan adunan bulat-bulat, 1 sudu besar dalam dulang. Letak jarak-jarak. Bakar hingga tahap masak yang diinginkan. Kalau mahu chewy cookies, 12-15 minit. Kalau mahu agak garing, 18-20 minit.

Resepi Simple Oatmeal and Raisin Cookies

Resepi Oleh: Ummu Ashraf