Ayam

Roasted Chili Lime Chicken Masam Manis Pedas

roasted-chili-lime-chicken-masam-manis-pedas

Roasted Chili Lime Chicken Masam Manis Pedas

Kalau rasa nak mencuba ayam bakar yang agak lain. Boleh cuba Roasted Chili Lime Chicken. Pada selera Cik Tie boleh bagi 5 star, sedap sangat. Bagi yang suka rasa masam manis pedas, memang patut cuba.

Cara masaknya sihat, yang tak sihatnya tak sedar habis satu peha ayam. Dengan avocado pulak rasa lemaknya tu sesuai sangat dengan rasa masam kuahnya. Nak rasa kesedapannya korang kena cuba. Cik Tie dah tepek resepi kat bawah tu.

Bahan-Bahan:

  • 2 bahagian peha ayam/dada ayam
  • Capsicum merah & hijau – dihiris
  • 1/2 biji bawang besar – dihiris
  • 1 biji avocado – dihiris
  • Salad
  • 1 sudu kecil minyak zaitun

Bahan Perapan:

  • 3 sudu kecil minyak zaitun
  • 100 ml jus lemon yang diperah
  • 2 sudu kecil daun ketumbar, dihiris
  • 2 biji bawang putih, dicincang halus
  • 2 sudu kecil gula perang
  • 1 sudu kecil chili flakes/kalau tak de ganti dengan cili api pun boleh – cili api lagi sedap
  • 1/2 sudu kecil jintan putih – disangai & ditumbuk
  • 1 sudu kecil garam

Cara Memasak:

1. Masukkan semua bahan perapan dalam mangkuk dan kacau sehingga semuanya sebati. Boleh rasa dan adjust ikut selera masing-masing. Perapkan ayam dengan separuh bahan perapan, separuh boleh simpan dalam peti sebagai kuah. Perap ayam sebaiknya 2 jam.

2. Sebelum bakar dalam oven kalau nak kulitnya garing sedap, boleh perangkan dalam non stick pan. Pastikan kuali betul-betul panas, masukkan sedikit minyak dan panaskan selama 2 minit lepas tu terbalikkan bahagian satu lagi dan biarkan selama 2 minit.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sosej Ayam Homemade

3. Pastikan oven dipanaskan dulu, pada suhu 180 – 200 C selama 15 minit. Suhu oven dan jangka masak ayam tu bergantung pada oven masing, lain oven lain ragamnya. Jadi Cik Tie bagi anggaran sahaja.

4. Bakar ayam di dalam oven dalam 35 – 45 minit. Ataupun sehingga nampak kulit ayam tu crispy dan golden brown.

5. Untuk sayur, panaskan kuali dengan satu sudu kecil minyak zaitu, tumiskan bawang besar dan capsicum. Cik Tie suka capsicum dan bawang masih rangup jadi sekejap sahaja masak. Jangan lupa perasakan dengan garam.

6. Susun semua sayur dan ayam cantik-cantik ke dalam pinggan. Kemudian, curahkan kuahnya ke atas ayam. Selamat mencuba.

Roasted Chili Lime Chicken Masam Manis Pedas

Resepi Oleh: Khadijah Jaafar