
Cucur Roti Bilis Sedap Konpem Tak Cukup Sepinggan
Biasa buat cucur bilis letak tepung gandum dan tepung beras je tapii kali ni kita kasi up sikit ye. Letak roti pula. Memang sedap, krunchy dan tak serap minyak pun. Anak anak suka sangat, kejap je licin sepinggan. Hahaha.
Bahan-Bahan:
- 5 keping roti (Kak Za guna Gardenia)
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan tepung beras
- 1 genggam ikan bilis (ditumbuk kasar)
- 3 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
- 1 tangkai cili besar merah (ditumbuk kasar)
- Garam secukup rasa
- Air sejuk secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1. Roti dikoyak koyak kecil dan diletakkan dalam bekas. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras ke dalam bekas roti tadi. Gaul rata.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk kasar tadi dan juga garam secukup rasa. Gaul sebati. Seterusnya masukkan air sejuk dan gaul sebati.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan sudukan adunan serta gorenglah sehingga kekuningan atau agak garing. Angkat dan toskan.
4. Bolehlah dicicah dengan sos cili ditambah mayonis. Memang super yummy la. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Iza Abu Bakar