
Sup Ayam Thai Lagi Sedap dari Kedai Tomyam
Teringin punya pasal, Sup Ayam Thai kita masak lagi sedap dari Kedai Abe Tomyam. Jemput Makan Semua
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ayam – potong kecil
- 1 Sudu besar Serbuk Ketumbar
- 1 Sudu Besar Fish Sauce/ Kicap Sotong
- 1 Kiub Ayam
- 1 kulit kayu manis
- 1 Bunga Lawang
- 2 Biji Buah Pelaga
- 5 Biji Buah Lada Hitam
- 2 Batang Daun Seleri
- 1 Batang Serai
- 2 Batang Daun Ketumbar
- 3 Helai Daun Limau Purut
- 1 Biji Limau Nipis
- 5 Tangkai cili padi merah & hijau
- 1 Biji Tomato
- 1 Biji Bawang Holland
- 1 Inci Halia *
- 3 Ulas bawang putih *
- 5 Ulas bawang merah *
Cara Memasak:
1. Dalam periuk masukkan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan buah lada hitam.
2. Kisar bahan yang bertanda (*) dan tumis hingga kekuningan. Masukkan serai yang telah diketuk dan akar batang daun ketumbar. Masukkan ayam dan gaul rata dan biarkan separuh masak hingga ayam menjadi perang.
3. Masukkan 2 mangkuk air, biar air menutup ayam, 1 sudu besar serbuk ketumbar, 1 kiub stok ayam dan 1 sudu besar kicap sotong dan gaul rata. Biarkan ayam masak kira kira 30 minit dan bila ayam sudah masak dan lembut, masukkan batang daun seleri, batang daun ketumbar dan cili padi yang diketuk.
4. Masukkan buah tomato yang dibelah 4, bawang holland yang di potong kasar. Masukkan daun limau purut, jus limau nipis. Perasakan dengan garam secukup rasa. Setelah masak taburkan daun ketumbar dan bawang goreng. Selamat Mencuba.
Resepi Oleh: Eryn TJ