
Akak bagi resepi bahan-bahan untuk adunan apam sahaja. Inti kelapa rasanya semua boleh buat. Selain inti kelapa, boleh juga letak inti kacang merah dan lain-lain.
Resepi Apam Solo Inti Kelapa
Bahan-Bahan:
- 3 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepun beras
- 1 cawan gula – Bagi yang nak kurang manis, 3/4 cawan gula ok
- 2 1/2 cawan air
- 1/4 cawan minyak masak – Nak letak 1/2 cawan pun boleh
- 1 paket yis mauripan
- Secubit garam
- Pewarna ikut suka
- Inti kelapa secukupnya
Cara Buat:
1. Kecuali pewarna, campurkan kesemua bahan-bahan dalam bekas. Kacau sehingga rata atau sebati dan tidak ada ketul-ketul tepung.
2. Perap adunan dalam bekas bertutup 1/2 jam atau sehingga naik. Panaskan kukusan terlebih dahulu hingga mendidih.
3. Acuan sapu minyak, susun acuan dalam pengukus. Adunan perap yang dah naik tadi dikacau rata.
4. Sudukan adunan dalam acuan (buat dalam 20 acuan). Kemudian letak inti kelapa (inti tu buat bulat-bulat dulu), sudukan lagi adunan apam untuk tutup inti tadi.
5. Lebihan adunan boleh guna sikit-sikit, boleh warnakan 2-3 warna yang anda suka. Guna sudu kecil untuk letak adunan warna atas apam tadi. Boleh lorek dengan lidi.
6. Kukus adunan selama 15 minit menggunkan api sederhana besar sehingga masak.
Nota: Untuk adunan warna, boleh juga masukkan dalam plastik kecil. Paipkan atas apam, kemudian lorekkan dengan lidi. Adunan dia sedikit pekat atau kental, Tak pe.. jangan tambah air.

Resepi Oleh: Zura Zul