Spaghetti Bolognese Ayam dengan Sosej Sesuai Untuk Buat Jamuan
Siap Spaghetti Bolognese Ayam dengan Sosej sebanyak 50 bekas untuk potluck anak di tadika hari ini. Siap pack dalam bekas kecil-kecil supaya mudah murid-murid nak bawa balik jika ada lebihan. Kat sini saya kongsikan cara saya masak dan anggaran bahan yang saya gunakan untuk 50 bekas comel-comel ni.
Bahan-Bahan:
- 4 peket spaghetti – rebus
- 2 pack ayam kisar azmy yang 400g. (Rm7.60 sepeket)
- 4 tin sos spaghetti (Rm5.60 setin)
- 2 tin besar tomato puree kimball (rm7 kot setin)
- 1 kotak besar susu dutch lady full cream (Rm6.50)
- 2 peket sosej (Rm4.30 sepeket)
- 2 biji besar bawang holland – potong dadu
- 3 biji carrot – potong dadu
- 7 biji tomato saiz sederhana – potong dadu
- Cheese slice – taknak letak pun takpe tapi sebab memang ada dalam peti ais, jadi saya letak je 5 keping dalam sos ni.
- Daun Oregano kering
- Daun parsley kering
- 3 kiub ayam
Cara Membuat:
1. Tumis bawang holland sampai naik bau. Masukkan carrot dan tumis sekejap. Masukkan ayam kisar dan susu dutch lady separuh kotak. Masak sampai ayam tu serap dah susu. Masukkan tomato yang dah dipotong dadu. Kacau-kacau kejap sampai tomato dah layu.
2. Seterusnya, masukkan sos spaghetti dan tomato puree. Masukkan air agak-agak sos tu tak terlalu pekat dan masukkan lebihan susu dutch lady sampai habis. Masukkan sedikit oregano kering dengan parsley kering untuk lebih membangkitkan bau kuah sos. Masak dengan api perlahan kira-kira 20 minit.
3. Masukkan sosej yang dah dipotong. Masukkan kiub ayam dan cheese slice. Masak lagi sampai sos masak. Kalau kuah agak pekat, adjust sendiri dengan masukkan air ikut pekat mana yang anda nak. Saya buat kuah tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Siap!.
Nota: Kuantiti bahan saya buat ni ngam-ngam untuk 50 bekas ni. Ada sikit lebihan kuah dalam seperiuk kecil je. Boleh la buat makan sendiri. Sebagai penyeri, saya hiaskan dengan sedikit taburan parmesan cheese dan daun parsley.
Boleh Dapatkan Pelbagai Herba-Herba Kering Untuk Sedapakan Lagi Spaghetti >> LIHAT DI SINI
Resepi Oleh: Farahwahidah Aziz