Masakan Barat

Sos Spaghetti Frozen Panaskan Bila Nak Makan

sos-spaghetti-frozen-panaskan-bila-nak-makan

Sos Spaghetti Frozen Panaskan Bila Nak Makan

Sementara ada mood ni kita buatlah sos spaghetti frozen stanby untuk ramadhan. Biasa dah hujung-hujung tak lalu dah nak makan nasi. Frozen tu boleh tahan 2 tahun tanpa perubahan rasa. Nak kupas kulit tomato tu yang malas, 6 kilo dapat buat 5 kali makan. Tinggal tumis daging cincang je nanti baru masukkan sos segera. Bahan lain semua dah ada dalam sos tu.

Ni kalau retort ni boleh buat bisness ni. Rasa lagi sedap berganda dari brand terkenal dalam botol, perasan kejap.

Bahan-Bahan:

  • 7kg tomato merah buang kulit dan biji
  • 5 biji bawang besar didadu
  • 15 biji garlic dipecahkan dan didadu
  • Origano, parsley, basil yang serbuk kering – 2 sudu besar each
  • 2 susu besar chili flakes
  • 2 sudu besar lada hitam
  • Bay leaves
  • 2 tin besar tomato puri
  • 2 tin cendawan hiris (optional) taruk masa 1/2 jam terakhir

Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak jagung. Tumis onion and garlic, jangan garing, cukup layu je. Masukkan tomato yang dah diblender halus. Masukan 2 tin tomato puri.

2. Setersunya, masukkan garam 3 ke 4 sudu besar, gula 2 sudu besar, lada hitam dan herbs. Atas api kecil, masak dalam 2 jam. Kurang 2 jam sikit pon boleh.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Macaroni Cheese Super Sedap

3. Bila dah siap, simpan dalam freezer boleh tahan 6 bulan. Bungkuskan dalam peket kecik-kecik. Saya biasa boleh simpan 2 tahun kalau masak 2 jam. Rasa lagi sedap.

Nota:

  • Bila nak makan hanye perlu tumis daging cincang, tambah sos diatas, adjust garam or tambah beefball.
  • Boleh jadi sos untuk lasagna or pizza
  • Tak buang kulit dengan biji pon boleh tapi tak sedap sangat.
  • Nak buang kulit kelar bentuk X kat tomato. Celur dalam air mengelegak sampai napak kulit terkoyak. Kupas macam pisang, jangan lama nanti lembik.
Sos Spaghetti Frozen Panaskan Bila Nak Makan

Resepi Oleh: Erni Abu Samah