Makanan Laut

Sotong Goreng Tepung Rangup Bersulam Sos Thai

sotong-goreng-tepung-rangup-bersulam-sos-thai

Sotong Goreng Tepung Rangup Bersulam Sos Thai

Malam-malam ni sodap layan “Sotong Goreng Tepung Rangup Bersulam Sos Thai.” Cukup mudah nak buat, perlukan kerajinan aja.

Bahan-Bahan Goreng Sotong:

  • 500 gram sotong
  • Tepung bestari
  • 2 biji telur
  • 3 tangkai daun kari

Bahan-Bahan Sos:

  • 3 atau 4 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili kering yang direndam air panas
  • 3 biji cili padi hijau
  • 2 batang akar ketumbar
  • Daun ketumbar
  • I biji limau nipis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar gula
  • Sedikit garam

Cara Membuat:

1. Jom kita mulakan. Pecah 2 biji telur ayam dalam mangkuk. Tak kisah mangkuk apa pun. Masuk 2 sudu besar tepung bestari. Kacau telur dan tepung hingga sebati.

2. Masuk sotong dalam mangkuk. Tutup selama 20 minit. Biarkan mesra sehati sejiwa. Ketepikan dulu. Sementara tu, tumbuk bahan sos dengan lesung batu, saya guna pengisar kering je. Cepat sikit.

3. Seterusnya, masukkan bahan kisar dalam kuali kecil. Letak 2 sudu besar sos tiram, 3 sudu besar sos ikan jangan dilupa, dan perah 1 biji jus limau nipis (buang bijinya). Masuk 3 sudu besar gula. Letak garam secukup rasa dan taburkan daun ketumbar.

4. Panaskan kuali dan tambah sedikit air. Didihkan sekejap. Saya akan masak setiap sos yang dibuat untuk elakkan sakit perut. Sos dah siap!

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ketupat Sotong Kuah Lemak

5. Jom goreng sotong. Sotong yang diperap tadi, celup dan salutkan dengan tepung bestari. Panaskan minyak dan goreng. Masuk satu demi satu supaya tak melekat antara satu sama lain. Balik-balik kan, boleh angkat bila dah garing.

6. Akhir sekali, ambil 3 tangkai daun kari, goreng sekejap dalam minyak yang sama. Angkat dan toskan. Tabur daun kari atas sotong. Ambil sekeping, celup dalam sos thai. Masuk ke mulut. Nikmat apa yang nak didustakan.

Sotong Goreng Tepung Rangup Bersulam Sos Thai

Resepi Oleh: Liza Idris