Makanan Laut

Cara Masak Sotong Goreng Kunyit Berempah

cara-masak-sotong-goreng-kunyit-berempah

Cara Masak Sotong Goreng Kunyit Berempah

Sotong goreng kunyit berempah. Sesekali makan yang lembab-lembab macam ni pun sedap sebab bila gaul dengan nasi panas. Kunyit dan minyak yang lembab-lembab tu melekat kat nasi pastu patahkan sikit cili padi hijau tu biar rasa pedas-pedas masin ngam.

Bahan-Bahan:

  • setengah kilo sotong dan potong besar-besar
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1 senduk kecil minyak masak SAJI Malaysia
  • serbuk kunyit dan garam secukupnya

Sebenarnya bahan-bahan ni boleh agak-agak sendiri ya sebab kalau sotong banyak kena lebihkan lagi bahan salut ni.

Bahan Sayur: Bunga kubis, bawang dan kacang panjang secukupnya

Cara Memasak:

1. Gaulkan sotong dengan semua bahan diatas kecuali sayur dan minyak. Zie tak letak air sebab masa buat ni sotong masih berair. Kalau nak letak pun boleh tapi sikit sahaja.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga layu. Masukkan sotong ratakan, jangan terus kacau nanti melekat. Biarkan dia masak dulu sekejap, api mesti kecil atau sedang nak bagi air sotong tu keluar so kita tak masukkan air.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sotong Goreng Tom Yam

3. Bila sotong dah separuh masak, masukkan bahan sayur dan kacau semua bagi sebati dan masak. Siap. Kalau nak sotong garing lebihkan minyak, kalau nak sotong lembab-lembab macam ni kurangkan minyak.

Cara Masak Sotong Goreng Kunyit Berempah

Resepi Oleh: Aisyah Humaira