
Resepi Ayam Masak Merah Ala Kampung
Ni la lauk kegemaran saya dari kecil sampai sekarang. “Ayam Masak Merah Ala Kampung.” Mudah dan sedap. Memang sempoi.
Bahan Dikisar:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 10 tangkai cili kering
Bahan Sos:
- 3 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap
- 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
- 1/2 ekor ayam digoreng bersama garam kunyit
- Herba 4 sekawan
Cara Memasak:
1. Gaul ayam dengan garam kunyit, goreng dan ketepikan. Bahan sos saya satukan dalam mangkuk. Baru la rasa masak campak-campak terus siap.
2. Panaskan minyak tumis bahan kisar. Terus masuk je 4 sekawan dan kacau sebati. Tumis sampai pecah minyak. Dah pecah minyak, masuk bahan sos. Kacau lagi.
3. Seterusnya, masuk air 1 cawan. Kena kacau lagi. Biar didih sikit. Dah boleh letak ayam goreng tadi dan gaul rata bagi mesra. Akhir sekali tabur bawang yang dihiris bulat.
Siap! Apa lagi, cedok nasi la.
Resepi Oleh: Liza Idris