Thai Roasted Chicken Dengan Sos Nam Jim Jeaw
Juadah berbuka tadi. Bila rasa macam nak tukar selera tak nak makan yang berlemak dan bersantan, kita buat menu dari Thailand. Thai roasted chicken cicah sos Nam Jim Jeaw dan Salad Udang & Limau bali. Alhamdulillah suami dan anak-anak suka sangat.
Bahan Thai Roasted Chicken:
- 1 ekor ayam (butterfly atau potong 4)
- 2 batang serai – hiris nipis*
- 5 ulas bawang putih*
- 3 akar ketumbar*
- 3/4 sudu teh garam
- 4 sudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 sudu besar gula perang
Cara Memasak:
1. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celsius. Tumbuk semua bahan bertanda (*). Campurkan semua bahan dan perap ayam di atas dulang pembakar yang dialas dengan aluminium foil. Tutup dulang ayam dengan aluminium foil yang lain dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 30 minit.
2. Keluarkan ayam, siram ayam dengan jus ayam. Sapu ayam dengan sedikit kicap pekat untuk dapatkan warna perang yang cantik. Masukkan semula ke dalam oven. Bakar lagi selama 15 minit. Siap untuk dihidang.
Nota: Sebaiknya ayam diperap selama sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dibakar. Tapi boleh je terus masuk oven selepas diletakkan bahan perapan.
Bahan Sos Nam Jim Jeaw:
- 2 sudu besar beras pulut – disangai hingga perang & ditumbuk kasar
- 1 sudu besar penuh gula kabung Thai/gula somtam – boleh ganti dengan 2 sudu besar penuh gula perang
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 sudu besar serbuk cili Thai
- 1/2 sudu besar pes asam jawa Adabi
- 2 sudu besar jus limau nipis
- Sedikit daun ketumbar & bawang merah kecil yang dihiris.
Cara Membuat: Gaul semua bahan hingga sebati. Siap untuk dihidang dengan ayam. Selamat Mencuba.
Makan Ayam Dengan Sambal Minang Ni Pun Padu dan Sedap Juga >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Hani Mohamed


