Resepi Mee Celup ala Thai Berpeluh Dahi
Memang feveret sangat mee celup ni. Biasa orang letak daging atau perut lembu tapi disebabkan Kak Za sejenis tak makan daging lembu apatah lagi organ dalaman, jadi Kak Za guna daging ayam sebagai heronya. Hahaha. Ok, jom kita mula.
Bahan-Bahan:
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1/2 inci halia – dihiris halus
- Akar ketumbar (ditumbuk)
- 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
- Ayam
- Gula melaka
- 1/2 cawan kicap manis
- Sos ikan
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- Air secukupnya
- Mee kuning – dicelur
- Taugeh secukupnya (Kak Za tak letak sebab stok tak de)
- Kacang tanah – (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
- Kangkung – (boleh juga letak sawi)
- Daun ketumbar – dihiris
- Chili flakes
- Limau nipis – (diperah jusnya sebagai penambah rasa)
Cara Memasak:
1. Mula-mula panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan halia hingga garing dan berbau wangi.
2. Masukkan ayam, biarkan seketika, baru masukkan air. Biarkan sehingga mendidih dan merenih. Kemudian masukkan sos ikan, kicap manis dan gula melaka.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih. Keluarkan isi ayam dan carik carikkan halus.
4. Ok, untuk hidangkan mee celup ni ada kekdahnya tau. Mula-mula ambil mee yang dicelur dan letakkan ke dalam mangkuk.
5. Kemudian letakkan kangkung atau sawi, taugeh, daun ketumbar yang dihiris dan isi ayam yang dicarik carikkan tadi.
6. Siramkan kuah di atas bahan dalam mangkuk tadi dan taburkan chili flakes serta kacang tanah yang telah ditumbuk. Perahkan sedikit jus limau nipis sebagai penambah rasa.
7. Boleh juga dimakan bersama sambal kicap. Memang padu bebb, berpeluh dahi. Hahaha. Ok, selamat mencuba.
Makan Dengan Sambal Hijau Minang Ni Pun Sedap Juga >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Iza Abu Bakar