Ringkas dan Mudah Resepi Puding Pandan Sirap Santan

Ringkas dan Mudah Resepi Puding Pandan Sirap Santan

Siapa peminat puding sirap? Hari ni kita buat penambahan bahan supaya lagi sedap. Gabungan lapisan pandan santan menambah rasa lemak manis dan wangi dalam puding. Jom cuba resepi yang dihasilkan oleh Mr. Ali ni.

Loyang 7 inci

Bahan Lapisan Pandan Santan:

Sebatikan –

  • 200ml santan pekat
  • sedikit garam dan essen vanila
  • 1 biji telur
  • 130g gula
  • 4 cawan air
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1 setengah cawan air pandan (kisar 5 helai daun pandan & sedikit air)

Bahan Lapisan Sirap:

  • 5 gram serbuk agar-agar
  • 2 setengah cawan air
  • 80g gula
  • sedikit garam

Cara Membuat:

Lapisan Pandan Santan –

1. Masukkan semua bahan kecuali santan yang telah disebatikan. Bila dah mula naik wap baru masukkan bancuhan santan tadi.

2. Kacau hingga mendidih dan tuang ke dalam loyang. Biarkan ia mengeras di suhu bilik sahaja sementara buat lapisan sirap.

Lapisan Sirap –

3. Masukkan semua bahan dan kacau hingga mendidih. Cucuk ke atas permukaan pandan santan yang sudah keras tai.

4. Dah cucuk baru tuang perlahan-lahan adunan sirap tadi dan sejukkan selama 4 jam. Dah siap dan selamat mencuba semua!.

Guna Loyang 7 Inci Macam Ni, Baru Hasil Potongan Puding Lebih Cantik >> KLIK DI SINI

Ringkas dan Mudah Resepi Puding Pandan Sirap Santan

Resepi Oleh: Muhammad Ali