Puding Roti Tembikai Lapis Betul-Betul Baru Nampak Cantik

Puding Roti Tembikai Lapis Betul-Betul Baru Nampak Cantik

Jom makan buah tembikai. Masak ranum tembikai kite tau, manis letting orang Ganu kate, macam tuan die. Sedap layan sejuk-sejuk time cuaca panas ni. Segar tekak, idea untuk hidangan open house atau jamuan raya anak-anak.

Bahan-Bahan:

  • 1 paket (10gm) serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 4 cawan air
  • 3 keping roti*
  • 1 cawan susu cair*
  • 1/2 cawan susu pekat manis*
  • 1 biji telur*
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 sudu besar sirap Rose
  • 1 sudu teh bijan hitam
  • Pewarna merah & hijau

Cara Membuat:

1. Blend bahan-bahan bertanda (*) hingga halus. Kemudian, ketepikan dulu. Di dalam periuk, satukan serbuk agar-agar, gula dan air. Masak di atas api sederhana hingga gula larut dan mendidih.

2. Tuang adunan yang telah diblend tadi, esen vanila dan marjerin. Kacau hingga mendidih dan adunan menjadi sedikit pekat. Tutup api.

3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu cawan untuk adunan hijau, satu cawan untuk adunan putih dan selebihnya untuk adunan merah. Adunan merah dicampurkan dengan sirap, pewarna merah dan bijan hitam. Satu bahagian dicampur pewarna hijau dan satu lagi di biarkan plain/putih.

4. Basahkan loyang 9 inci dengan sedikit air. Tuang adunan hijau dan sejukkan di dalam peti ais selama 10 minit hingga keras. Cucuk-cucuk puding hijau dengan garfu dan tuang adunan putih pula. Kemudian, sejukkan di dalam peti ais selama 10 minit hingga keras.

5. Akhir sekali, cucuk-cucuk puding putih dengan garfu. Tuang adunan merah pula, tabur sikit bijan hitam di atasnya. Sejukkan di dalam peti ais selama 3-4 jam hingga keras/set. Potong ikut kesukaan. Hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Guna Loyang 8 Inci Macam Ni, Baru Hasil Potongan Puding Cantik >> KLIK DI SINI

Puding Roti Tembikai Lapis Betul-Betul Baru Nampak Cantik

Resepi Oleh: Nor Al Fatihah T-hah