Resepi Ayam Goreng Ala Kentucky Ranggup dan Juicy

Resepi Ayam Goreng Ala Kentucky Ranggup dan Juicy

Ayam Goreng Ala “kentucky” Jom buat sendiri puas makan. Ranggup di luar dan juicy di dalam. Cara #dapurpolis. Nak lagi mudah bahan untuk salutan ayam boleh guna tepung segera contoh “tepung ayam goreng Bistari” atau ikut selera masing-masing cuma guna teknik di bawah goreng ayam masak sekata dan berkerinting.

Bahan Salutan Kering Untuk Ayam:

  • 1 peket tepung gandum/boleh guna tepung segera
  • 3 sudu besar penuh tepung jagung
  • 1 peket Rempah Spicy Tex MeX
  • 3-4 sudu besar serbuk cili
  • 4 sudu besar serbuk pati ayam jika tawar tambah garam

Satukan semua bahan di atas dalam balang, tutup dan gongcang sebati.

Bahan Basah Untuk Perapan Ayam:

  • 4 sudu besar bahan tepung kering di atas
  • 1/2 peket rempah Spicy Tex MeX gayoagrifoods
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar halia yang telah ditumbuk lumat (optional)
  • Sedikit air

Cara Memasak:

1. Bancuh bahan perapan bersama sedikit air. Adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Perap ayam dalam bahan ni, biarkan semua terendam. Tutup bekas perapan ayam dan simpan dalam peti bawah semalaman.

2. Sebelum goreng; Masukkan ayam ke dalam BAHAN TEPUNG KERING dan ratakan. Angkat dan ketuk-ketuk kemudian celup dalam air sejuk.

3. Celup lagi sekali dalam BAHAN TEPUNG KERING. Angkat dan ketuk-ketuk sedikit bagi sisa tepung jatuh dan boleh la digoreng dengan api sederhana hingga masak. Siap.

Nota:

  • Nak lebih kerinting step basah + kering ni boleh ulang 3 kali baru goreng.
  • Guna teknik “basah, kering, basah, kering” Untuk hasil ayam goreng sempurna.

Guna Rempah Spicy Tex MeX Ni Untuk Rasa Lebih sedap >> KLIK DI SINI

Resepi Ayam Goreng Ala Kentucky Ranggup dan Juicy

Resepi Oleh: Aisyah Humaira