Resipi Sup Tepung Tarik Makan Panas-Panas Memang Sedap

Resipi Sup Tepung Tarik Makan Panas-Panas Memang Sedap

Kekadang dah tak tahu nak makan apa, nasi pun tak lalu nak makan hari ni. Hari tu nampak kat tiktok orang buat sup tepung tarik ni, tengok macam menarik. Pastu tryla buat. Sedapnya hirup sup tu panas-panas, makan pula dengan tepung tarik tu. Tepung tu dah jadi doh. Pastu kita tarik-tarik je pakai tangan. Pastu carik-carik letak dalam sup.

Kalau nak sedap lagi makan dengan chilli oil, tapi sis malas nak buat. Sis buat sambal kicap tu pun dah sedap sangat dah. Nak makan dengan nasi pun boleh je sup ni. Kat bawah sis sertakan resepi sekali.

Bahan Doh:

  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 1/2 cawan air (guna ikut kesesuaian doh)
  • Secubit garam
  • 1 sudu makan minyak masak

Bahan Sup:

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis
  • 1/2 inci halia
  • Sedikit Isi ayam (nak letak daging pun boleh)
  • 3 gelas air (1 mangkuk besar)
  • Bebola ikan
  • Sayur sawi
  • Daun sup
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh perasa msg
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan Sambal:

  • 10 biji cili padi
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu makan perahan limau nipis/limau kasturi

Cara Membuat:

1. Buat Doh; Dalam mangkuk masukkan tepung gandum, minyak masak dan secubit garam dan tuang air sedikit-sedikit dan uli menjadi doh. Air tak perlu dihabiskan jika doh dah lembut. Tutup dan ketepikan sebentar sekitar 10-15 minit. Sementara itu boleh sediakan sup.

Resipi Sup Tepung Tarik Makan Panas-Panas Memang Sedap

2. Buat Sup Tepung Tarik; Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah, ikan bilis sehingga kekuningan. Kemudian, masukkan isi ayam, air, dan bebola ikan. Masukkan garam dan perasa serta lada sulah (saya letak Aji Shio Sahaja)

Nota; Untuk sup ini jika tiada isi ayam atau bebola ikan, ikan bilis sahaja pun sudah memadai (apa je bahan yang ada di dapur).

3. Ketika sup sedang mendidih, sapukan sedikit minyak pada tapak tangan, ambil sedikit doh dan tarik nipis masukkan ke dalam sup yang sedang mendidih. Buat sehingga habis doh tepung tadi. Akhir sekali, masukkan sayur sawi, kacau seketika dan matikan api.

4. Sedia untuk dihidangkan, pastu dihidangkan bersama sambal kicap.

5. Cara buat sambal kicap; Hiris kecil cili padi, masukkan kicap dan jus limau kacau sebati. Siap.

Makan Dengan Crunchy Garlic Chilli Oil (100% HALAL) Bertambah Sedap >> Klik Di Sini

Resipi Sup Tepung Tarik Makan Panas-Panas Memang Sedap

Resipi Oleh: Nor Atika Nazirah