Tauhu Bergedil Berlauk Viral Lembut Padat Dengan Isi
Tauhu Bergedil Berlauk Viral. Lembut, padat dan Mudah kukus tanpa acuan. cicah pula dengan sambal kicap pedas ngam korang. Jom buat!.
Bahan Kisar:
- 3 keping tauhu petak biasa
- 3 batang tauhu telur
- 2-3 biji kentang dihiris dan digoreng terlebih dahulu
- 2 ketul kiub pati ayam
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- Suku gelas air
– Kisar semua bahan di atas hingga lumat (boleh juga kisar separuh-separuh dan satukan semua setelah siap.
Bahan Sayur dan Isi:
- 1 mangkuk isi ayam bahagian dada dicincang lumat (ayam lebih baru sedap)
- 3 biji telur
- 3 tangkai daun bawang & daun sup dihiris
- 1 biji lobak merah disagat dan hiris halus (optional)
Cara Membuat:
1. Dalam bekas besar yang tahan panas, tuang bahan kisar bersama semua bahan-bahan lain. Kacau sebati dan kukus selama 20 minit atau hingga masak. Setelah sejuk bolehlah potong-potong kecil.
2. Cara Goreng; Celup tauhu dalam telur yang telah dipukul dan goreng dengan api sedang hingga perang. Siap dan sedia dimakan bersama sambal cili kicap.
3. Cara buta sambal kicap; 15 biji cili padi atau ikut pedas yang disukai dan 6 biji bawang putih. Goreng semua bahan ni hingga layu dan kisar bersama kicap lemak manis, sukatan kicap zie agak-agak je, siap.
Boleh Juga Rasa Sambal Kicap Johor Meletup 100% Homemade Pekat Ni >> Klik Di Sini
Resepi Oleh: Aisyah Humaira