Resipi Ayam 3 Aroma Wangi dan Sedap

Resipi Ayam 3 Aroma Wangi dan Sedap

Ya Allah. Hampa… tolong la terai resepi ayam ni. Aku jumpa kat TT Kak Zaidah semalam. Nampak menarik, so try la harini. Ni baru masak, memang sedap wei. Tak sabaq nak kongsi ngan hampa resepi dia. Ni atas kuali aku snap gambo. Resepi aku boh kat bawah tapi macam biasa, aku ni suka derhaka kat resepi. Alah tambah sikit-sikit je ikut tekak aku. Terai tau weii.

Bahan-Bahan:

  • Ayam sekor – goreng dulu
  • Sebijik bawang besar – dihiris dan goreng, untuk dijadikan bawang goreng

Bahan A (Diblender):

  • 6 ulas bawang putih
  • 1inci halia
  • 5 tangkai cili hijau (aku tambah cili padi hijau dalam 10 tangkai, bagi pedas-pedas baru best)

Bahan B (Diblender):

  • Segenggam daun ketumbar
  • 1/2 genggam daun pudina
  • Bawang goreng yang telah disediakan awal tadi

Bahan C:

  • 1st lada hitam
  • 1st garam masala
  • 1/2 st serbuk kunyit
  • 4 sm (sudu makan) plain yogurt

Bahan D:

  • 3 tangkai daun kari
  • 3 tangkai cili hijau – Aku tambah
  • Kentang yang telah digoreng sampai empuk
  • Hirisan bawang merah
  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng

Cara Memasak:

1. Tumis bahan A dan goreng sampai garing. Masukkan bahan B dan tumis lagi sampai garing. Masukkan ayam, kalau kering sangat boleh tambah air. Kalau nak berkuah, tambah lebih air naaa. Kacau sebati dan biarkan sebentar.

2. Seterusnya, masukkan bahan C. Masa ni naik bau rempah tu, wangi dan kacau sebati. Masukkan yogurt dan kacau lagi hingga sebati.

3. Letak perasa, ikut selera k. Aku letak gula, garam dan pak aji aje. Hampa kalau nak letak stok ayam ka, mushroom seasoning ka boleh aja, takda yang salah, ikut tekak masing-masing.

4. Last sekali masukkan bahan-bahan D. Kacau, bila dah mesra semua, boleh la tutup api. Jangan lupa rasa k, itu sajaaa. Selamat mencobaa!.

Boleh Cuba Rasa Sambal Minang Ni Juga Memang Cukup Berapi >> KLIK DI SINI

Resipi Ayam 3 Aroma Wangi dan Sedap

Resepi Oleh: Nora Yusof