Resipi Serimuka Keladi Lemak Manis Sedap
Sedap, lembut, juggly, flawless, lemak-lemak manis, dan terasa keladinya. Olahan dari resepi Talam Keladi kite sendiri.
Bahan Lapisan Bawah:
- 2 cawan beras pulut susu (rendam di dlm air 2 jam)
- 2 cawan santan cair
- 2 sudu teh garam halus (sukat rata je)
Bahan Lapisan Atas:
- 1 cawan tepung gandum
- 1/3 cawan tepung beras
- 2 sudu besar tepung ubi
- 1 1/2 cawan gula pasir (boleh kurangkan 1 cawan jika tak suka manis)
- 2 biji telur B
- 1 cawan santan pekat
- 2 1/2 cawan air
- 1 sudu teh emulco keladi
- Pewarna unggu
Cara Membuatnya:
1. Lapisan Bawah; Sapu minyak pada loyang 9 1/2 inci dan alas plastik. Masukkan beras pulut yang telah direndam. Kacau santan dengan garam. Tuang ke atas beras pulut dan ratakan. Kukus selama 30 minit di atas api sederhana. Kemudian, ratakan dan tekan agak padat.
2. Lapisan Atas; Satukan tepung gandum, tepung beras, tepung ubi, gula, telur, santan, air, emulco keladi dan pewarna unggu. Kacau sebati dan tapiskan ke dalam periuk. Kacau di atas api hingga naik wap saja atau cukup sekadar panaskan, jangan sampai mendidih.
3. Cucuk-cucuk pulut dengan garfu. Tuang adunan lapisan atas. Buang buih-buih kecil dengan sudu. Kukus selama 30 minit di atas api sederhana. Balut penutup pengukus dengan tuala. Sejukkan di dalam peti ais 3-4 jam. Potong dengan pisau plastik yang di sapu minyak untuk dapatkan potongan yang kemas.
Boleh Guna Loyang 9 Inci Macam Ni Baru Kuih Talam Senang Untuk Dipotong >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Nor Al Fatihah Tihah


