
Resepi Bingkang Tepung Beras Sedap
Alhamdulillah repeat buat kali kedua. Rasanya sangat sedap. Kalau ada yang teringin, boleh la mencuba. Mas share resepinya.
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung beras cap teratai
1 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
2 cawan susu segar full cream
2 helai daun pandan
Cara Buat:
1. Panaskan oven pada suhu 180’c dengan api atas bawah. Biarkan oven panas sementara adunan siap.
2. Sapukan Marjerin keliling loyang saiz 8 inci. Letakkan baking paper di dalam loyang dan sekeliling loyang. Tujuannya supaya senang keluarkan bengkang nanti.
3. Campur semua bahan kecuali gula & daun pandan. Gaul sebati dan tapis ke dalam periuk atau kuali yang bersih.
4. Baru masukkan gula pasir dan daun pandan. Kacau atas api perlahan sehingga adunan pekat seperti yogurt (bila nampak adunan sudah pekat, terus tutup api yerk), baru keluarkan daun pandan tadi. Jangan tinggal adunan yerk.. Sentiasa kacau perlahan-lahan supaya adunan tidak berbau hangit nanti.
5. Tuang adunan yang sudah pekat tadi ke dalam loyang yang sudah diletakkan baking paper. Ratakan dengan menggoyang-goyang sedikit loyang.
6. Masukkan ke dalam oven yang sudah panas tadi. Pastikan jaring diletakkan dibahagian bawah sekali yerk..
7. Bakar selama 2 jam dengan api atas bawah dengan suhu 180’c. Bengkang tepung beras ni memang perlu bakar lama yerk… 2 jam tempoh yang paling tepat.
8. Selepas dibakar selama 2 jam. Bengkang semasa masih panas akan kelihatan bergoyang-goyang jika disentuh. Jangan risau, ia akan cantik lembut setelah sejuk.. Jadi jangan berangan nak makan bengkang ini semasa masih panas. Sila sabar sehingga sejuk dahulu.
9. Paling elok disejuk kan semalam. Barulah keluarkan dari loyang dan boleh di potong untuk dihidangkan.
Nota:
– Ada yang bertanya boleh tak jika nak tukar dengan santan kotak. Jawapan saya boleh sahaja. Sukatanya 2 cawan santan kotak + 2 cawan susu segar full cream + 2 cawan air.
– Untuk tepung beras, Jika tiada tepung beras cap teratai. Boleh sahaja guna jenama lain.
Resepi Oleh: Mashitah Mas