Sambal & Pencicah

Resepi Sambal Ikan Bilis Garing

resepi-sambal-ikan-bilis-garing

Resepi Sambal Ikan Bilis Garing

Bahan-Bahan:

1. 1 kg ikan bilis dibasuh dan ditoskan air (guna ikan bilis kecil. Kalau nak guna yang besar boleh, blend kering (jangan blend halus atau blend kasar kasar).

2. 3 paket cili flakes (cili flakes ya, bukan cili powder. Yang macam kita dapat bila beli pizza domino tu. Kat pasaraya ada jual, jenama Meriah. Kalau takde, just sangai kering/bakar kejap lada kering, then blend kering, tapi kasar-kasar).

3. Minyak masak secukupnya.

4. Gula perang secukup rasa (faa guna dalam 1 sudu setengah).

5. Serbuk limau nipis knorr secukup rasa (kalau takde, guna pes asam jawa/asam keping/cuka).

6. 1/2 kiub pati ikan bilis dan 1 sudu kicap manis.

Cara Membuat:

1. Panaskan 1/2 kg minyak. Guna api sederhana. Goreng ikan bilis sampai garing. Kacau selalu. Jangan sampai hangit. Jangan tak masak. Betul-betul garing dan rangup. Angkat dan toskan minyak. Goreng sampai habis.

2. Sambil goreng ikan bilis, dalam kuali lain, masukkan 1 cawan minyak masak. Guna api kecil. Masukkan cili flakes, gula perang, serbuk limau nipis, kiub ikan bilis & kicap manis. Kacau rata sampai nampak dah garing terus tutup api. Jangan sampai hangit. Biarkan betul-betul sejuk.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sos Blackpepper Mushroom

3. Gaul rata dua benda ni dan masukkn ke dalam balang. Pastikan betul sejuk baru tutup.

Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Puan Nur Fakhira Mohd Rosli yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau, Nur Fakhira Mohd Rosli