Resipi Puding Biskut Crackers Masak Dalam Rice Cooker
Alhamdulillah. Dapat penuhi hajat cikgu. Bulan januari lalu, cikgu nak order tapi waktu tu kak sibuk nak kenduri kawen anak. Hari sabtu baru ni, cikgu tanya lagi nak order puding biskut febretnya untuk pagi Isnin. Ok cikgu in shaa ALLAH.
Masalah nak membuat puding ni ialah kena berdiri lama untuk kacau adunan. Macam nak buat puding jagung tu. Kalau tak kacau, berkerak dan hangus kat dasar periuk. Hmm… dah berumur ni, cepat lenguh kaki.
Pastu terfikir kenapa tak gunakan periuk nasi elektrik ajer. Bawak ke lantailah periuk nasi, sukat bahan-bahan, kak pun mengacau larutan puding dengan gembira. Duduk bersilalah.. Hasil pun memuaskan. Anak beritahu, Cikgu kata sedap puding ibu. Syukur, terima kasih cikgu. Order yang ini cikgu nak warna hijau.
- Anggaran 24 biji acuan ros.
- Sukatan menggunakan cawan dan sudu metrik.
Bahan-Bahan:
- 20gm agar-agar serbuk
- 6 cwn air masak
- 12 keping biskut cream crackers (jenama munchys)
- 1 cawan susu pekat/krimer pekat manis
- 1 cawan susu isian sejat/susu cair (guna ideal lebih sedap)
- 1/2 cawan gula pasir
- pewarna pilihan
- Saya guna pewarna star brand
Cara Penyediaan:
1. Mula-mula kita masukkan susu cair ke dalam blender. Masukkan biskut, patah-patahkan sedikit. Masukkan susu pekat atau krimer manis. Blend semua bahan dan ketepikan.
2. Sediakan periuk. Masukkan 6 cawan air masak (air pada suhu bilik ye, bukan air panas, nanti agar-agar serbuk akan berketul-ketul). Masukkan agar-agar serbuk dan kacau rata. Gunalah senduk untuk kacau larutan.
3. Kemudian ON kan suis periuk nasi dan tekan butang COOK. Sentiasa kacau larutan. Setelah 5 minit, masukkan gula. Kacau sebati. Terus mengacau larutan, anggaran 5 minit lagi (total 10 minit).
4. Setelah 10 minit, perlahan-lahan masukkan bahan-bahan kisar ke dalam periuk. Terus mengacau larutan, anggaran 15 minit. Larutan menjadi pekat sedikit dan kita tak nak bahan-bahan hangus di dasar periuk.
5. Setelah 10 minit yang pertama dari total masa 15 minit berlalu, berhenti mengacau larutan sekejap. Kita nak tunggu buih-buih muncul tanda larutan dah mendidih. Bila dah didih sekejap, terus mengacau ye. Tak nak hangus dan OFF suis periuk nasi.
6. Angkat periuk nasi yang ada larutan puding dan letak atas alas yang tahan panas. Kalau nak buat puding satu warna, bolehlah masukkan pewarna terus je dalam periuk. Kacau rata.
7. Siapkan acuan yang hendak digunakan. Basahkan acuan dengan air dan toskan. Tak payah lap supaya mudah untuk keluarkan puding nanti. Keraskan pada suhu bilik selama 1 jam sebelum dimasukkan ke peti sejuk. Siap.
Guna Acuan Puding Bunga Ros Macam Ni >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Suriea Mohd Noor


