Resipi Pani Puri Dengan Kuah Hijau Pudina
Terliur tengok Hos Bala makan Pani Puri dalam program TV “Rasikka Rusikka” Cari bahan terus buat. Alhamdulillah bila dah siap, Sekali suap susah nak stop bila pecah je Puri dalam mulut melimpah segala rasa. Ranggup, masam, manis, pedas, dan mint yang segar. Deepavali tinggal beberapa hari je lagi nanti cuti boleh la lepak santai sambil makan Pani Puri bersama famly. Jom korang untuk yang nak cuba resipi dibawah.
Bahan-Bahan:
- 1 peket Kepingan Puri digoreng dan simpan dalam bekas kedap udara.
Bahan Kuah Theeka Paani (Kuah Hijau):
- 1 genggam daun pudina
- 1/2 genggam daun ketumbar
- 3 biji cili padi hijau
- 4 sudu besar Gula perang
- 1 sudu besar gula putih
- 1 ketul Gula melaka, besar ibu jari
- Garam secukup rasa
- 2 gelas Air masak
- 2 sudu besar penuh pes asam jawa Adabi
- 5 biji Air perahan limau kasturi
- 1 biji Air perahan limau nipis
- 1 biji hirisan limau purut (optional)
Cara Membuat: Kisar semua bahan di atas dan tapis ambil airnya sahaja. Kuah mesti ada rasa masam, manis, pedas dan tambah apa-apa yang perlu jika kekurangan rasa.
Bahan Lassi Kuah Putih (Kuah Putih): 1 bekas besar yogurt perisa asli, sedikit air masak, garam, gula secukup rasa dan kacau sebati. Siap.
Bahan Kentang Masala:
- 5-6 biji kentang direbus hingga lembut/empuk.
- 1/2 sudu kecil rempah pani puri (Zie guna mixed masala powder ada jual online. Kalau tak ada boleh guna serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih)
- 1 sudu kecil penuh serbuk pati ayam
- 1/2 biji bawang besar dipotong dadu kecil-kecil
- 1 sudu kecil chili flakes
Cara Membuat: Lenyek kentang hingga hancur lumat, tabur bawang, chili flakes dan kacau sebati. Siap.
Bahan Untuk Tamarind Pani/Pure Asam Jawa:
- 1 sudu besar penuh pes asam jawa adabi
- 1 ketul gula melaka anggaran besar ibu jari
- 6 biji buah kurma dibuang biji
- 1/2 sudu kecil rempah pani puri masala
- 1 sudu kecil Serbuk cili
- Garam, gula, secukup rasa, air panas sama paras dengan bahan kisar
Cara Membuat: Satukan semua bahan di atas dalam pengisar dan kisar hingga lumat. Seperti pure. Siap.
Cara Makan: Tekan bebola PURI dengan ibu jari atau cucuk dengan belakang sudu untuk buat lubang. Masuk kentang, pure asam jawa, kuah putih, kuah hijau penuh-penuh dan tabur boondi muruku.
Boleh Dapatkan Kepingan Pani Puri Untuk Digoreng Macam Ni >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Aisyah Humaira


