Resepi Puding Jagung Cincau
Bahan-Bahan:
12 gram agar-agar tali
3 1/2 cawan air
1 tin susu cair
1 tin jagung krim
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar bes berperisa jagung
Sedikit cincau
Sedikit gula batu (kalau tak letak pun boleh)
Secubit garam
Cara Menyediakannya:
1. Blender jagung krim dengan 1/2 cawan air. Ketepikan. Potong cincau kecil-kecil. Ketepikan.
2. Bersihkan agar-agar tali. Masak agar-agar dengan 3 cawan air hingga semua agar-agar larut.
3. Masukkan gula pasir & gula batu. Kacau hingga gula pasir & gula batu larut.
4. Masukkan susu cair, susu pekat, bes perisa jagung, jagung krim yang telah diblender dan secubit garam. Kacau sehingga mendidih.
5. Basahkan loyang/acuan. Masukkan sedikit cincau yang telah dipotong kecil tadi. Baki cincau simpan dahulu. Tuang semua agar-agar ke dalam loyang/acuan tadi.
6. Agak-agak dalam 10-15 minit, letak lagi sedikit cincau. Tekan-tekan sedikit cincau ke dalam agar-agar. Agak-agak 10-15 minit kemudian, letak lagi cincau ke atas agar-agar sehingga habis.
7. Tekan-tekan sikit supaya cincau tenggelam ke dalam agar-agar. Sejukkan. Apabila Puding telah sejuk, simpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 3 jam.
8. Keluarkan loyang/acuan tadi dari peti sejuk. Cuba-cuba keluarkan Puding dari loyang/acuan. Potong ikut suka. Sedia untuk dihidangkan.
Catatan:
+ Sukatan bahan-bahan bergantung kepada selera atau citarasa masing-masing.
+ Kalau tak suka jagung, boleh tukar kepada sirap. Maka akan terjadi Puding Bandung Cincau.
+ Fungsi gula batu ialah untuk Puding kelihatan berkilat dan tidak berair.
Resepi Oleh: Hamidah HA