Resepi Mudah Pie Tee Rangup dan Sedap

Resepi Mudah Pie Tee Rangup dan Sedap

Minum petang dengan Pie tee, resepi mudah dan sedap. Pie Tee ni rangup pada bahagian kulit dimakan dengan sayuran sebagai inti bersama sos Mae pranom Thai. Ralit sungguh makan sampai habis sepiring. Ada yang suka makan dengan sayuran mentah, ikut selera masing-masing.

Bahan-Bahan Kulit Pie Tee:

  • 1 biji telur
  • 1 1/4 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Secubit garam
  • Sedikit air kapur
  • 1 cawan air

Bahan-Bahan Inti:

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji sengkuang kecil
  • 1 mangkuk Isi udang
  • Garam secukup rasa
  • Sos tiram
  • Cukup rasa
  • Sedikit Lada sulah

Cara Membuat:

1. Panaskan acuan Pie Tee bersama minyak panas di dalam kuali. Sementara itu bancuh semua bahan kulit di dalam sebuah bekas, kacau rata sehingga semua bahan larut dan tidak berketul.

2. Celupkan acuan Pie Tee yang sudah panas ke dalam bancuhan tepung. Celup sehingga paras menghampiri penuh tinggi acuan.

3. Kemudian boleh terus masak di dalam periuk. Kulit akan tertanggal sendiri daripada acuan. Masak sedikit lagi bila kekuninggan, boleh angkat dan toskan (jika kulit tak tertanggal daripada acuan tolak dengan lidi).

4. Untuk bahagian inti; tumis bawang putih yang dicincang halus bersama bawang merah, masukkan isi udang. Kemudian masukan sos tiram dan Lada sulah. Kacau sebati.

5. Masukkan lobak merah, sengkuang dan garam dan secukup rasa. Kacau sebati kemudian tutup api biarkan inti sejuk. Tapis supaya air berlebihan keluar.

5. Isikan inti ke dalam kulit Pie Tee, boleh tambahkan dengan hirisan daun bawang dan cili merah untuk lebih menarik. Sedia untuk dihidangkan bersama sos Mae pranom Thai. Selamat mencuba.

Guna Acuan Macam Ni Untuk Buat Kulit Pie Tee >> KLIK DI SINI

Resepi Mudah Pie Tee Rangup dan Sedap

Resipi Oleh: Nur Masri