Manisan

Resepi Pengat Keladi Dengan Keledek Oren

resepi-pengat-keladi-dengan-keledek-oren

Resepi Pengat Keladi Dengan Keledek Oren

Pengat keledek mix dengan keladi buh sagu sikit. Oklah untuk minum petang kami arini.

Bahan-Bahan:

  • 2 ketul keledek oren
  • Keladi
  • 4 cawan air
  • 1 keping gula melaka
  • 4 sudu gula putih
  • 1 kotak kecil santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 helai daun pandan
  • 3 sudu besar sagu biji- rendam 15 minit

Caranya:

1. Kupas keledek, keladi dan potong besar-besar. Masukkan ke dalam periuk dan rebus bersama 4 cawan air, rebus keledek dan keladi hingga empuk.

2. Tambahkan sagu biji yang direndam kembang dan kacau hingga sagu jernih. Masukkan garam, gula dan separuh santan.

3. Masukkan daun pandan dan biar mendidih perlahan beberapa minit hingga nampak pekat.

4. Sesuaikan rasa dan tambah separuh lagi santan yang pekat. Kacau dan matikan api, hidangkan panas atau sejuk.

Resepi Pengat Keladi Dengan Keledek Oren

Resepi Oleh: Zila Norazila