Kek

Resepi Kek Lobak Merah

resepi-kek-lobak-merah

Resepi Kek Lobak Merah

Bahan-Bahan:

500gm lobak merah | diparut
100gm blackcurrant
250gm walnut | dipanggang dan dicincang
375ml minyak jagung
4 biji telur gred A
200gm gula kastor
100gm gula perang halus
310gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam

Cara Membuat:

1. Panaskan oven pada suhu 190ºC selama 15 minit.

2. Dengan hanya menggunakan pemukul atau senduk kayu, pukul telur bersama garam, gula kastor dan gula perang sehingga larut.

3. Masukkan minyak jagung dan pukul sehingga adunan pekat sebati.

4. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk kayu manis sedikit demi sedikit. Gaulkan rata.

5. Akhir sekali masukkan lobak merah, walnut, blackcurrant dan gaulkan agar tidak berketul.

6. Tuangkan adunan ke dalam loyang 9in x 9in x 3in sehingga ¾ penuh.

7. Bakar sehingga masak.

kek-lobak-merah