Mee

Resepi Mee Goreng Mamak

resepi-mee-goreng-mamak

Resepi Mee Goreng Mamak

Bahan-bahan:

2 kg mee kuning
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah
4 batang sawi (dipotong)
1 mangkuk kecil taugeh
1 biji tauhu keras (digoreng dan dipotong kecil)
2 biji telur
1 biji tomato (dipotong kecil)
60 gm isi udang dan isi ayam
1 cawan cili boh
2 sudu sos tomato
1 sudu kicap pekat
1 sudu kicap cair
Sedikit minyak untuk menumis

Hiasan:

Cili merah (dihiris)
Daun bawang (dihiris)
Bawang goreng
Limau kasturi

Cara Membuat:

1. Buatkan dahulu sambal untuk menumis mee dengan menumis sedikit bawang dengan cili boh sehingga masak. Campurkan sedikit gula dan asingkan.

2. Panaskan kuali dan tumiskan bawang selebihnya sehingga naik baunya. Kemudian masukkan isi udang atau isi ayam dan kacau sehingga masak.

3. Masukkan sawi, tauhu dan tomato. kacau seketika . Kemudian masukkan mee, taugeh, tomato sos, kicap dan sambal tadi.

4. Kacau sehingga 3 3/4 masak. Akhir sekali tolakkan sedikit mee ke tepi dan letakkan sedikit minyak.

5. Kemudian pecahkan telur, ratakan sedikit. Apabila telur sudah sedikit masak, gaulkan kembali dengan mee, kacau seketika.

mee-goreng