Puding Caramel Tanpa Telur Sesuai Untuk Jamuan
Puding Caramel Tanpa Telur untuk jamuan kakak Aina Qistina kat sekolah pagi esok. Dah hujung-hujung tahun nih kerap lah nak kena pikir kueh apa nak buat, memasing duk buat jamuan. Ada bahan leh lah layan kan. Jom try buat.
Bahan Caramel:
- 1 cawan gula
- 1 cawan air panas
Cara Buat Caramel:
1. Masak satu cawan gula dalam loyang atau periuk. Kacau selalu sampai keperangan. Tutup api, kemudian curah air panas sebanyak satu cawan.. Hati-hati takut merecik kat tangan.
2. Seterusnya, bukak api balik, buka slow jer. Kacau sampi caramel betul-betul larut. Ok! Tutup api. Kalau nak guna bekas kecik-kecik, tunggu caramel suam baru boleh letak dalam bekas. Sesudu besar untuk 1 bekas saiz kecik yang kak min buat tu.
Bahan Untuk Puding:
- 1 peket agar-agar tali (18-20gram) – Kalau yang sepeket bawah 15 gram tambah tepung custard lagi 1 sudu kecil
- 4 cawan air
- 1 tin susu cair
- 1 tin susu pekat
- 1 sdk esen vanila
- 1 sdk pewarna kuning
- 4 sdb tepung kastard
- 1/2 cawan air
Cara Membuat:
1. Satukan agar-agar tali sepeket 18,19,20 gram dengan air sebanyak 4 cawan ke dalam periuk. Masak sampai agar-agar larut, kemudian slowkan api. Masukkan susu cair 1 tin, susu pekat 1 tin, esen vanilla 1 sudu kecil, dan pewarna kuning 1 sudu kecil. Kacau bagi larut.
2. Seterusnya, dalam bekas lain, campurkan tepung kastard 4 sudu besar membukit serta air setengah cawan. Kacau-kacau baru curah dalam periuk tadi. Tapis dulu lagi ok supaya takde ketul-ketul tepung. Kacau dengan api yang sederhana sampai likat dan berkilat. Tutup api, jangan tunggu sejuk ok. Terus buat next step.
3. Adunan memang nampak tak pekat sangat. Nanti pudingnya kalau dah sejuk dia lembut je, tak pejal dan gedik-gedik gitew. Adunan puding dah siap. Panas-panas tu terus curah atas bahan caramel tadi. Curah guna senduk kalau guna loyang, kalau guna bekas kecik cam kak min buat tu, letak 2 sudu besar jer.
4. Curah slow-slow, caramel dengan puding takkan bercampur jangan risau. Bolehlah sejukkan. Ok siap dan good luck.
Nota Penting: Guna cawan yang sama k. Baru sukatan tu jadi sama.
Guna Bekas Puding Jenis Plastik Macam Ni, Senang Untuk Dihidangkan >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Pn Habsah Ngah


