Resipi Kacang Goreng Berempah Rangup dan Sedap

Resipi Kacang Goreng Berempah Rangup dan Sedap

Kacang goreng berempah style saya, sangat mudah, rasa pon sedap. Minyak bersih saja selepas menggoreng, tak ada sisa habuk tepung.

Bahan-Bahan:

  • 500gm Kacang tanah
  • 5 ulas Bawang merah dikisar
  • 5 Ulas bawang putih dikisar
  • 1 sb jintan manis
  • 2 Sudu besar cili kisar
  • 2 sb gula
  • garam secukupnya
  • 2 biji telur
  • 6 sb tepung gandum tambah jika kurang
  • Sedikit air
  • Daun Kari untuk hiasan

sb – Sudu Besar

Cara Membuat:

1. Bersihkan kacang tanah, dibilas dan jemur kering. Campur semua bahan, kacang tanah, bawang putih, bawang merah, jintan, cili kisar, gula, garam, dan telur. Gaul sebati. Masukkan tepung gandum dan air, gaul lagi sampai sebati.

2. Panaskan minyak, pastikan betul-betul panas, masukkan kacang dan goreng dengan api sederhana. Jangan guna api besar nanti kulit luar dah gelap kacang di dalam masak ranggup.

3. Bila hampir masak, masukkan daun Kari. Bila dah masak, angkat dan toskan minyak sebelum dimasukkan dalam bekas. Pastikan warna keemasan, bolehlah diangkat. Selamat mencuba.

Kacang Panggang Madu Ni Pun Sedap Juga >> KLIK DI SINI

Resipi Kacang Goreng Berempah Rangup dan Sedap

Resipi Oleh: Nur Masri