Resipi Caramel Custard Pudding Sejukkan Dulu Baru Sedap
Caramel Custard Pudding atau sering juga disebut Creme Caramel adalah pencuci mulut klasik yang mempunyai tekstur lembut dengan lapisan caramel manis di atasnya. Berikut adalah cara untuk membuat Caramel Custard Pudding yang mudah dan sedap;
Bahan Gula Hangus:
- 3/4 cawan gula (hampir penuh)
- 1 cawan air panas
Cara Penyediaan:
1. Masukkan gula dalam kuali dan masak atas api sederhana sehingga gula cair keperangan (sentiasa kacau). Bila gula dah agak perang, tutup api dan tuangkan air panas perlahan-lahan.
2. Buka api dan masak lagi hingga gula larut. Padamkan api dan sejukkan seketika. Masukkan 1 sudu makan gula hangus ke dalam bekas dadih. Biarkan dan boleh sediakan bahan puding.
Bahan Buat Puding:
1 Paket agar-agar tali 20g
4 cawan air (dalam 750-800ml air)
3 sudu makan tepung kastard
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis (saya kurangkan sebab suka kurang manis)
1 sudu kecil esen creamy vanilla
Cara Penyediaan:
3. Satukan semua bahan dan masak hingga sebati. Tapiskan kebekas lain. Sendukkan ke dalam bekas dadih tadi dan biarkan sejuk. Tutup bekas.
4. Masukkan ke dalam peti sejuk. Bila sudah keras dan sejuk, bolehlah menikmatinya. Boleh dapat dalam 18-20 bekas dadih kecil. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Hazila Baharudin