Resepi Cream Caramel Hidangkan Masa Sejuk Lebih Sedap

Resepi Cream Caramel Hidangkan Masa Sejuk Lebih Sedap

Post masakan terakhir saya pada tahun 2021 Creme Caramel, delicious, creamy, smooth & silky. Nikmat tak terkata bila makan sejuk-sejuk dari peti ais time hari panas. Laju meluncur dalam tekak. Resepi dari chef febret saya, Chef Anna Olson, memang owsem semua resepi-resepi die.

Bahan-Bahan Caramel:

  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu teh jus lemon

Bahan-Bahan Kastad:

  • 2 biji telur penuh A atau B
  • 2 biji kuning telur A atau B
  • 6 sudu besar gula pasir
  • 2 cawan susu cair full cream (chef Anna Olson guna susu low fat)
  • Secubit garam halus
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:

1. Untuk buat Karamel; Satukan gula, air dan jus lemon. Cairkan di atas api sederhana hingga berwarna perang. Terus tuang ke dalam mangkuk atau loyang saiz 8 atau 9 inci. Boleh guna ramekin jika ada (4 pcs). Ketepikan dulu dan biarkan karamel keras.

2. Untuk buat Kastad; Satukan telur, gula dan garam. Kacau hingga gula larut. Campur susu dan kacau sebati. Kemudian tapiskan, tuang kastad ke atas karamel tadi.

3. Masukkan ke dalam loyang besar dan tuang air panas hingga 1/2 aras mangkuk. Tutup permukaan atas mangkuk/loyang/ramekin dengan aluminium foil. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 180c selama 1 jam atau hingga masak.

4. Bila dicucuk dengan lidi ia keluar bersih, tandanya sudah masak. Chef Anna Olson guna 4 bekas ramekin, jadi tempoh bakarnya lebih singkat iaitu pada suhu 170c selama 30-35 minit saja berbanding dengan saya sebab saya guna 2 mangkuk, creme caramelnya lebih tinggi dan perlukan tempoh bakar yang lebih lama.

5. Sejukkan di dalam peti ais selama 3 jam. Tapi saya sejukkan 1 jam je sebab tak sabar nak makan. Sisipkan tepi mangkuk dengan pisau dan terbalikkan perlahan-lahan ke atas piring. Hidangkan sejuk-sejuk dari peti ais.

Resepi Cream Caramel Hidangkan Masa Sejuk Lebih Sedap

Resepi Oleh: Nor Al Fatihah T-hah