Kek Lapis Cheese Masam Manis Guna Bahan Premium
My baking terapi, lama dah tak buat kek lapis. Actually berangan nak buat kek ni masa anak dara lagi. Now anak dah dua baru sampai seru nak buat. Kek ni guna totally bahan premium, boleh cuba okeh. Rasa memang tiptop, ada campuran cream cheese and parmesan cheese. Resepi di bawah;
Bahan-Bahan:
- 450gm Pure Butter
- 100gm Gula Pasir Halus
- 10 biji Telur Gred AA
- 30gm Ovallette
- 250gm Cream Cheese
- 100gm Parmesan Cheese
- 3/4 tin Susu Pekat Manis F&N (Berat 500gm)
- 250gm Tepung Hong Kong/Tepung Pau
- 150gm Horlicks
- 2 Bungkus Hawflakes 4 Segi
- Pewarna Hijau dan Oren
Cara Membuat:
1. Pukul butter, gula dan ovallette hingga putih gebu ringan. Masukkan cream cheese dan parmesan cheese. Pukul sampai berkrim dan licin.
2. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan pukul sebati. Masukkan susu pekat dan pukul lagi sampai sebati.
3. Masukkan horlicks dan tepung perlahan-lahan dan pukul sehingga sebati. Bahagi kepada dua bahagian dan letakkan pewarna hijau dan oren. Gris dasar loyang sahaja 8×8 inci dan lapik baking paper.
4. Masukkan 7 sudu makan setiap lapisan dan bakar api atas bawah untuk LAPISAN PERTAMA sahaja. Suhu 170c darjah. Ikut oven masing-masing.
5. Lapisan KEDUA dan seterusnya guna api ATAS sahaja. Letak hawflakes 9 keping di setiap dua lapisan. Untuk LAPISAN AKHIR guna api atas bawah lebih kurang 15 minit.
6. Biarkan kek sejuk baru keluarkan dari loyang. Wrap kek dengan cling wrap simpan dalam peti ais baru potong. Tips untuk dapatkan potongan yang cantik, kena simpan kek dalam chiller dulu. Selamat Mencoba.
Nak Rasa Kek Lapis Macam Ni? Lihat Sini >> https://shope.ee/3VH4bv5KYm
Resepi Oleh: Siti Suhaida Mohd Sani