Pastry

Resepi Tart Lembut Berkrim

resepi-tart-lembut-berkrim

Resepi Tart Lembut Berkrim

Bahan-Bahan & Cara Membuat:

Buat Kulit Tart –

200gm planta @ daisy marjerin (kalau korang nak jual pakai pelangi udahle)
100gm gula aising
2bji kuning telur
1bji putih telur
400gm tepung gandum

1. Kacau sebati planta dan gula aising. Dah rata, masukkan telur, kacau sebati je (tak yah nak gebu gebas sangat la yer).

2. Bila dah rata, masukkan tepung, gaul sebati. Uli kejap je, tak yah nak uli-uli macam uli roti plak, nanti tak cantik kulit tart korang.

3. Dah siap boleh la terap kat dalam acuan tart (Kak Mun guna yang aluminium pakai buang, sebab tamak nak inti banyak).

4. Bila dah siap terap kat acuan, masukkan dalam peti ais korang kejap je dalam 15 minit gitu, pastu dah boleh bakar dah.

Tip: Kak Mun bakar dulu kulit tart bagi masak baru letak filing, kemudian bakar balik (2x proses bakar sebab nak dapatkan kulit tart yang rangup dan sedap)

Buat Inti –

100 ml air masak
70ml susu cair aka krimer sejat
40gm gula (kalau nak manis lagi boleh tambah)
2bji telur
Sedikit vanilla

1. Kacau sebati semua bahan, tapis 2 atau 3 kali. Dah boleh tuang dalam kulit tart tadi yer. lepastu boleh la bakar balik.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Tart Taiwan

2. Ni masa paling kritikal, korang kena berjaga-jaga sikit jangan sampai filling terlebih masak. Kalau nampak macam nak mengembong terus angkat, yang masih cair biarkn dulu. Buka je pintu oven, angkat satu-satu (pakai pengepit yer, super panas tu).

3. Dah sejuk sikit baru keluarkan dari acuan tart ye. Boleh la korang makan buat minum petang yer.

4. Suhu bergantung oven masing-masing (Kak Mun guna 180°c 30 minit kulit tart sahaja, lebih kurang 15-20 mnit untuk filling).

Kalau korang nak guna resepi ni untuk jualan pun Kak Mun halalkan, Kak Mun sendiri jual kuih tart pun guna resepi ni jugak tau. Rajin-rajin praktis buat tart ye baru cantik kejadian tart korang.

Resepi Oleh: Munie Munirah – dari MAHN