Resipi Agar-Agar Marble Perisa Koko dan Sirap
Cantik tak agar-agar marble saya?. Sapa peminat agar-agar marble boleh try resepi ni. Tak manis dan lembut-lembut je texture. Memang sedap sangat. Saya jumpa kat fb tapi saya dah ringkaskan cara saya sendiri
Bahan-Bahan:
- 1 paket Agar-agar
- 1 cawan Gula kastor
- 5 cawan Air
- 1 tin Susu cair
- 1 tbs Esen vanila
- 2 biji Telur
- 2 sudu Serbuk koko
- Pewarna merah (muttam gune sirap)
Cara Membuat:
1. Panaskan air sehingga mendidih. Dah mendidih, masukkan agar-agar dan gula. Didih sampai semua hancur. Kecikkan api
2. Pecahkan telur di dalam bekas dan campurkan susu cair. Gaul sebati dan masukkan ke dalam periuk agar-agar tadi.
3. Masukkan 1 tbs esen vanila. Kacau sebati sehingga mendidih. Tutup api. Transfer dalam bekas atau loyang.
4. Dalam bekas lain, ambik sesenduk adunan dan masukkan serbuk coklat atau milo. Muttam letak lebih serbuk koko sebab suka rasa pahit-pahit sikit.
5. Ulang step yang sama bagi pewarna merah atau sirap. Muttam prefer sirap sebab bagi efek bandung kat agar-agar, lagi sedap.
6. Sudukan adunan bewarna ke dalam adunan agar-agar. Berturut-turut koko dan merah. Lorekkan dan kemudian sejukkan. Siap!.
Nota:
- Saya guna agar-agar tali 20g
- Cawan pulak saya guna cawan plastik Ikea. Rasanya setiap rumah ade ni hehe.
Guna Loyang 7 Inci Macam Ni Untuk Hasil Potongan Lebih Cantik >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Mut Tam


