snek, Snek

Resepi Waffle Lembut Guna Sukatan Cawan

resepi-waffle-lembut-guna-sukatan-cawan

Resepi Waffle Lembut Guna Sukatan Cawan

Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, blueberry coklat memang sedap.

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan susu segar
  • 3/4 butter dicairkan
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 sudu makan gula castor
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1/2sudu teh soda bikarbonat

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan pukul menggunakan hand mixer atau blender. Pukul cukup sekadar sebati dan kembang sedikit. Lepas itu rehatkan adunan selama 10-15 minit. Adunan boleh juga dibuat lebih awal dan simpan dalam peti sejuk.

2. Sapukan butter pada acuan yang telah panas. Masukkan adunan sekitar 2 senduk dan tutup alat pembakar waffle. Tunggu hingga masuk. Siap.

Nota:

  • Untuk susu segar, kalau tak ada, boleh gantikan dengan air tapi perlu tambah 2 sudu besar Susu tepung.
  • Butter kalau tak ada boleh gantikan dengan minyak masak.
  • Tepung gandum, boleh gantikan dengan tepung naik sendiri, tak perlu letak baking powder dan soda bikarbonat.
  • Dapat 4 keping waffle, saiz macam di kedai.
Cuba Resepi Ni:  Resepi Tauhu Sumbat Sambal Kacang

Kami Guna Waffle Maker Ni >> https://shope.ee/4pdBfXaubR

Selamat Mencuba

Resepi Waffle Lembut Guna Sukatan Cawan

Resepi Oleh: Nur Masri