Guna Ibu Sambal Ni Nak Masak Apa Pun Jadi Cepat
Selesai menumis ‘IBU SAMBAL’. Jimatkan waktu memasak. Kalau teringin nak makan mee goreng, 10 minit saja siap, teringin nak masak ikan bilis berlada, 15 minit siap!. Yang penting ibu sambal ni mesti ada.
Saya tak pasti resepi ibu sambal orang lain macam mana. Tapi cara saya;
Sediakan bahan-bahan seperti (agak-agak saja):
- Bawang putih sikit,
- Bawang merah banyak,
- Cili kering,
- Halia sikit (tak mau halia pun tak pe),
- Belacan sikit (kalau nak gantikan dengan ikan bilis atau udang kering pun sedap je).
- Gula melaka
- Pes asam jawa
- Garam
Cara Membuat: Tumis semua bahan-bahan sampai pecah minyak. Kemudian masukkan gula melaka, pes asam jawa dan garam secukupnya. Kemudian siap! (3 kali tuang air tuk pecahkan minyak tau).
Nota: Ibu sambal saya memang tak banyak minyak sangat sebab nanti nak guna dalam masakan lain jadi berminyak sangat. Jadi letak minyak secukupnya je okay!.
Sambal Minang Ni Pun Sedap Juga >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Tina Zahra Zamanuddin