Cara Buat Biskut Butterscoth Chocolate Chips
Resepi biskut yang sangat mudah untuk dicuba. Kombinasi butterscotch dengan cip coklat menghasilkan biskut yang enak rasa berlemak dan bercoklat.
Bahan A:
- 250 gram mentega
- 220 gula perang (1 1/4 cawan)
- 1 sudu kecil esen vanilla / butter vani1la
- 1 biji telur
Bahan B:
- 350 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
- 70 gm tepung jagung (1/2 cawan)
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 50 ml minyak masak (6 sudu besar)
Bahan C:
- 150 gm butterscoth chocolate chips (1 cawan)
- 150 gm chocolate chips (1 cawan)
Cara Membuat:
1. Sebatikan bahan A dengan senduk kayu hingga berkrim. Masukkan bahan B dan kacau menjadi doh yang lembut, Masukkan bahan C, gaul rata. Doh agak lembik.
2. Rehatkan adunan selama 30 minit di dalam peti sejuk. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan muncung nozzle bulat. Picit ke atas dulang yang di alas baking paper.
3. Jarakkan biskut untuk mengembang. Bakar selama 20 minit suhu 150C api atas bawah. Biarkan di atas redai sehingga biskut keras. Simpan dalam bekas kedap udara.
Resepi Oleh: Kak Wan