Manisan

Resepi Viral Raindrop Cake atau Kuih Titisan Hujan

resepi-viral-raindrop-cake-atau-kuih-titisan-hujan

Resepi Viral Raindrop Cake atau Kuih Titisan Hujan

Yang viral kat Ipoh tu, kenalah dengan cuaca sekarang ni hujan aje. Gediks bergoyang.. Kalu tak gediks lembut si bulat putih tu depa habaq tak jadi. Pulun buat bagi jadi aihhh.

Bahan-Bahan:

  • 1 paket agar-agar serbuk (6gm) **
  • 1 sudu besar gula **
  • 1200ml air biasa dicampur dengan air kelapa muda **
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • 1 cawan kacang soya
  • 1 sudu besar gula
  • Sediakan bekas/acuan yang sesuai – saya guna mangkuk kaca bersaiz kecil.

Cara Membuat:

1. Sirap Gula Merah; Satukan gula merah, gula pasir, air dan daun pandan masak hingga mendidih gula larut.

2. Serbuk atau tepung kacang soya; Bersihkan kacang soya lalu pada air, sangai kacang soya tanpa minyak 15-20 minit. Sejukkan kemudian kisar kacang soya bersama dengan 1 sudu besar gula. Kisar hingga halus menjadi seperti tepung.

3. Agar-agar atau Jelly lembut; Satukan bahan bertanda (**), agar-agar serbuk dengan sedikit air yang telah dicampur air kelapa muda dan kacau dahulu supaya sekata. Kemudian tuang kesemua air dan gula masak hingga mendidih.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Bubur Pulut Hitam

4. Tuang terus ke dalam bekas atau acuan dan biarkan sejuk. Selepas itu, simpan di dalam peti ais selama 2 jam. Cara hidangan, makan jelly bersama dengan sirap gula merah dan tepung kacang soya.

Nota:

  1. Tak perlu air kelapa muda pun tak apa, guna air biasa sahaja sukatan sama. I sengaja nak guna air kelapa muda.
  2. 1200ml tu, bermakna sukatan dah pun campur kedua-duanya, air biasa dan air kelapa muda ye.
Resepi Viral Raindrop Cake atau Kuih Titisan Hujan

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish