
Tart Cadbury Lembut Rapuh Cair Dalam Mulut
Masa buat ni dah lewat malam sambil pasang lagu raya rasa semangat je duk dapur. Pastu potong tart pakai pembaris, dah tengah-tengah malam mana nak jumpa cutter bagai jadi pakai lah mana ada. Pembaris tu baru punya kite tak sambar dalam pencil box anak tau.
Bahan Basah:
- 250 marjerin/butter
- 4 sudu besar susu pekat
- 2 sudu besar minyak sapi
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu butter vanila (optional)
- 1 sudu teh vanilla france
Bahan Kering:
- 2 sudu besar penuh membukit tepung jagung
- 2 sudu besar penuh tepung custard
- 4 cawan tepung gandum cap rose atau jenama bakers choice
Inti: Coklat Cadbury bar
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan kering dan ayak lalu ketepikan. Dalam bekas besar, masukkan bahan basah satu persatu sambil kacau dan kacau ni sekadar sebati dengan senduk kayu.
2. Pastu masukkan bahan kering separuh-separuh dahulu dan kacau sebati. Jika adunan lembik masukkan sedikit lagi tepung gandum dan jika adunan terlalu keras boleh masukkan butter. Adunan jangan keras sangat nanti tart mudah retak.
3. Terap doh dan susun coklat atasnya pastikan berjarak. Terap doh lagi sekali bahagian atas potong tengah-tengah dan kemaskan. Bakar pada suhu 165c selama 25 minit atau sehingga masak.
4. Bila biskut dah sejuk barulah boleh disimpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Aisyah Humaira