Resepi Viral Indonesia Lukumades atau Donut Yunani

Resepi Viral Indonesia Lukumades atau Donut Yunani

Mesti ramai yang suka ni, sebab nak buat pun senang sesangat. Lukumades atau Donat Yunani, yang ni pun lagi viral di Indonesia. Mesti ramai yang tak larat nak uli donat sampai elastik bagi yang tak ada BM kan. Boleh cuba buat versi ni. Donatnya pun lembut dan boleh diperbagaikan toppingnya. Aznie buat ni petang tadi kejap je habis anak-anak makan.. Alhamdulillah.

Bahan-Bahan:

  • 150g tepung high protein
  • 50g tepung gandum
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu teh yis segera
  • 1/3 sudu teh garam
  • 2 sudu besar mentega/marjerin – cairkan
  • 30g susu tepung
  • 200 ml air/susu

Cara Membuat:

1. Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga sebati (Boleh juga guna blender tapi risau kang berasap). Jika sudah sebati, tutup adunan dengan kain atau plastik wrap dan rehatkan selama minima 1 jam.

2. Bila dah 1 jam, gaul adunan sekejap dan masukan ke dalam plastik piping bag. Panaskan minyak di dalam kuali. Sementara tu kita potong hujung piping bag.

3. Paipkan ke dalam kuali, kemudian gunting adunan bagi putus. Buat macam tu banyak-banyak sambil menggoreng.

4. Balik-balikkan ia dan goreng hingga kekuningan (boleh juga guna sudu atau tangan macam kita buat jemput-jemput, ikut suka kita).

5. Goreng dengan api kecil hingga kekuningan jangan lupa sambil dibalik-balikan supaya ia masak sekata. Ok, donat kita siap untuk diberi topping, ikut selera masing-masing.

Resepi Viral Indonesia Lukumades atau Donut Yunani

Resepi Oleh: Aznie Khasri