Nasi

Nasi Strawberi Dengan Ayam Goreng Bersambal

nasi-strawberi-dengan-ayam-goreng-bersambal

Nasi Strawberi Dengan Ayam Goreng Bersambal

Bahan Nasi Strawberi:

  • 3 cawan beras biasa – cuci bersih
  • 4 1/2 cawan air
  • 6 sudu besar susu cair
  • 3 biji strawberi segar
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1/2 kiub ayam knor

Bahan Sambal Merah:

  • 6 biji cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap
  • 4 biji cili api
  • 1 labu bawang besar – potong bulat
  • 2 sudu mentega
  • 2 sudu minyak masak
  • Garam & gula secukup rasa
  • Beberapa titis warna pink jika suka – saya tak guna

Bahan Ayam Goreng Rangup:

  • 1 ekor ayam – dipotong ikut citarasa dan cuci bersih
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung goreng Bestari spicy
  • 2 cawan tepung goreng Bestari – untuk golek ayam dengan tepung

Cara Memasak:

Nasi Strawberi –

1. Buah strawberi dikisar dengan sedikit air hingga halus, tuang ke dalam periuk nasi.

2. Bawang besar, halia dan bawang putih dikisar halus. Panaskan mentega & minyak tumis bahan kisar, masukkan juga kulit kayu manis, bunga lawang & serai. Tumis hingga pecah minyak, kemudian tuang ke dalam periuk nasi.

3. Letak daun pandan, air, susu cair dan kiub ayam. Kacau-kacau supaya sekata. Masak guna “rice cooker”. Tekan butang ON seperti masak nasi biasa. Apabila masak gemburkan nasi.

Sambal Merah –

4. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih dan halia hingga halus.

5. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga pecah minyak, jangan lupa letak bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.

6. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula secukup rasa. Jika sambal pekat boleh tuang sedikit air panas.

7. Akhir sekali masukkan bawang yang dipotong bulat tadi dan cili api, kacau-kacau sebentar tutup api.

Ayam Goreng Rangup –

8. Gaul sekata ayam yang dibersihkan tadi dengan 3 jenis tepung. Kemudian ambil satu per satu ketul ayam golek pula dengan tepung goreng bestari.

9. Panaskan minyak yang banyak supaya ayam elok tenggelam semasa menggoreng. Goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.

10. Cara hidangan, letak nasi strawberi, ayam goreng dan sambal. Boleh makan bersama dengan jelatah jika suka, makan dengan timun pun sedap. Sedia dinikmati.

Nasi Strawberi Dengan Ayam Goreng Bersambal

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish