Resepi Donut Gebu Tanpa Telur
Dari semalam tekak ni teringin sangat nak makan donut tapi sebab tak nak tengok resepi kami duk campak-campak je la. Bentuk dah donut tapi keras macam batu, siap serap minyak lagi. Alahai tak putus asa hari ni kami buat lagi dan alhamdulilah gebas. Puas dah makan. Boleh senyum sampai telinga dah.
Bahan-Bahan:
125 gram tepung roti
125 gram tepung gandum
1 sudu makan susu tepung
⅛ sudu teh garam
2 sudu makan gula halus
1 sudu teh yis
140 ml air sejuk (uli pakai mixer) air suam (tangan)
½ sudu teh ovalatte
2 sudu makan majerin/mentega
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan dan uli semua bahan sehingga elastik. Boleh cuba buat ujian ‘window pane’ pada doh.
2. Rehatkan adunan dalam 25 minit atau sehingga kembang 2x ganda. Kalau dah dapat boleh timbang (sis punya donut 45 gram) doh lepastu buat rounding. Biarkan dalam 20 minit dan lubangkan.
3. Sis suka tekan sikit kat doh tu. Kalau tekan naik balik, doh dah ready untuk digoreng. Jangan terlebih proofing doh sebab boleh buatkan donut serap minyak masa menggoreng.
4. Tuang minyak dalam pan. Minyak nak goreng donut kena banyak ya. Jangan kedekut. Lepas tu panaskan minyak, bila dah panas masukkan donut dan biarkan ia masak dengan api sederhana kecil.
5. Jangan balikkan banyak kali. Kalau nak cantik biar masak dulu satu bahagian baru balikkan. Kemudian. Bila dah siap boleh pakai chopsticks ambil donut dan toskan. Okay boleh buh topping ikut citarasa dah.

Resepi Oleh: Ika Zul