
Resepi Viral Candy Kelapa Aneka Perisa
CANDY KELAPA aneka perisa untuk berbuka puasa katanya. Saya post semula resipi yang sama kat sini supaya senang kawan-kawan nak rujuk. Tak yah nak search lagi.
Resepi dah pernah post sebelum ni ya, boleh la korang cuba sementara lock down kat rumah tu mana tau kalau berkenan boleh tambah menu untuk juadah raya nanti.
Bahan-Bahan:
- 400gm kelapa parut (saya sangaikan bagi separuh kering dulu dan ketepikan)
- 3/4 tin susu pekat (saya guna tin kecil F&N)
- 3/4 cawan gula halus (boleh kurangkan sikit)
- 1/4 sudu teh esen vanilla
- Sedikit pewarna
- 1/2 sudu makan mentega (saya guna buttercup sebab ada rasa garam sikit)
Cara Membuat:
1. Sebatikan kelapa parut, gula dan susu pekat dalam periuk non stick, guna senduk kayu. Alih ke atas dapur dan masak guna api sederhana atau kecil (saya guna dapur electric, senang nak kawal api).
2. Kawal api supaya sentiasa pada yang api kecil. Kacau sebatian tadi sehingga pekat dan sebati (yang ni lebih kurang 30 minit, sediakan lengan anda supaya tahan lenguh yer).
+ Adunan akan sebati, kering dan hampir boleh dibentuk bola, macam wajik lar yer. Biasanya saya ambil secubit adunan panas tadi, gentel jadi bola kecil dan masukkan dalam cawan berisi air kosong. Jika bola itu tak terurai, maksudnya adunan dah hampir siap. Ini cara saya testing nak tahu adunan dah masak atau belum. Ni petua daripada aunty saya.
3. Sekarang masukkan esen dan pewarna (elok masukkan dua bahan ni diperingkat akhir supaya warna tak pudar masa kacau tadi dan bau esen tak hilang sebab orang dulu guna esen yang water base).
4. Kacau sebati dan tutup api. Masukkan mentega dan kacau sebati. Alihkan adunan ke loyang yang siap digris. Leperkan adunan panas tadi ikut ketebalan yang disukai. Step ni kena buat masa adunan masih panas.
+ Boleh guna sarung tangan plastik yang kita guna untuk keluarkan talam. Biasanya saya suka guna daun pisang sebab bau harum bila daun layur. Adunan yang dileperkan akan nampak pucat bila kering. Biasanya saya griskan permukaan dengan setitik dua butter supaya permukaanya tak nampak pucat. Petua daripada nenek saya, penggunaan mentega perlu dihadkan seminima yang mungkin supaya candy tadi tahan lama.
5. Potong ikut bentuk yang disukai. Biarkan kering semalaman sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. Candy ni pernah kawan saya bawak sebagai buah tangan ke Myanmar, katanya lebih 3 minggu masih elok lagi.
Resepi Oleh: Kesavan Supramaniam