Kek

Resepi Kek Pisang Milo Super Moist

resepi-kek-pisang-milo-super-moist

Resepi Kek Pisang Milo Super Moist

Minggu lepas As try buat kek pisang coklat. Pestime jumpa resepi kek pisang ada serbuk koko. Sekali rasa terus jatuh cinta. Moist sangat. Tak begitu manis dan yang penting mudah dibuat. Dapur tak kecah. Guna hand whisk je uolls. Paling penting, resepi ni menjadi. Jom As share resepi. Korang gunalah. Nak buat jualan pun boleh.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan pisang lenyek
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 2 biji telur A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan milo. Kalau takde boleh ganti serbuk koko
  • 3/4 cawan brown sugar
  • 1/2 cawan coklat cip

Cara Membuat:

1. Dalam bekas, masukkan pisang lenyek, gula, minyak, telur, esen vanilla, soda bikarbonat dan baking powder. Kacau sebati.

2. Akhir sekali masukkan tepung gandum, kaup hingga sebati dan masukkan coklat coin.

3. Tuang dalam loyang yang dialas kertas minyak atau lengser dulu dengan minyak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sourcream Lemon Butter Cake

4. Bakar pada suhu 160C selama 35 minit. Suhu bergantung pada oven masing-masing ya.

Resepi Kek Pisang Milo Super Moist

Resepi Oleh: Asrinna Bakri