Resepi Bun Kelapa Gula Melaka
Bahan Doh:
- 500 g tepung roti
- 240 ml air
- 20 g susu tepung
- 1 biji telur gred A, dipukul sedikit
- 80 g lemak sayur (shortening)
- 100 g gula halus
- 1/2 camca teh garam
- 2 camca teh yis segera
- 1 camca teh bread improver
- 1 camca teh bread softerner
Cara Membuatnya:
Untuk Doh –
1. Satukan semua bahan-bahan untuk doh kecuali lemak sayur, gaul rata dan uli 10 minit.
2. Gaulkan dengan lemak sayur sedikit demi sedikit hingga habis sambil diuli lagi 10 – 15 minit atau hingga doh menjadi kenyal dan elastik.
3. Kaedah lain; Masukkan semua bahan-bahan untuk doh dalam Bread Maker, pilih setting untuk doh dan “on”. Tunggu hingga siap.
Untuk Bun Kelapa –
4. Keluarkan doh, tumbuk dan uli 5 minit. Bahagi-bahagikan doh kepada bebola seberat 50g setiap satu. Ambil sebiji bebola, leperkan dan sudu 1/2 camca besar inti kelapa, cantum dan bulat-bulatkan.
5. Susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega, jarakkan untuk doh mengembang. Buat hingga habis.
6. Biar bun 45 minit kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C selama 7 – 10 minit atau hingga permukaan roti keperangan.
7. Sapu dengan mentega sementara roti masih panas. Doh boleh menghasilkan lebih kurang 24 biji buns (saya sapu telur dan tabur kelapa kering).
Resepi Oleh: Lina Thomas