Ikan, Sambal & Pencicah

Resepi Ikan Kembung Goreng Balado

resepi-ikan-kembung-goreng-balado

Resepi Ikan Kembung Goreng Balado

Resepi ni hakak pernah share, sangat senang tapi sedap!. Kaedah rebus cili ni biasanya digunakan oleh peniaga kedai makan, tujuannya supaya cili senang nak tumbuk dan tahan lama. Boleh je terus kisar, sambal tetap sedap, tak mempengaruhi rasa sambal.

Bahan-Bahan:

  • 10 ekor okan kembung size kecil
  • 1 sudu teh penuh serbuk kunyit
  • sedikit garam

Bahan Sambal:

  • 1 bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 cili merah besar
  • 15 cili padi merah, pedas ikut suka
  • gula
  • garam/seasoning

Cara Memasak:

1. Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng sehingga garing, angkat dan ketepikan.

2. Rebus cili, bawang putih dan bawang merah. Kemudian tumbuk atau kisar kasar.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak. Masukkan bahan perasa (gula, garam, seasoning).

4. Kacau rata dan masukkan ikan goreng tadi. Kacau perlahan. Siap untuk dihidangkan!

Resepi Ikan Kembung Goreng Balado

Resepi Oleh: Kuali Helena