Sambal & Pencicah

Resepi Sardin Baked Beans ala Tunku Azizah

resepi-sardin-baked-beans-ala-tunku-azizah

Resepi Sardin Baked Beans ala Tunku Azizah

Saya peminat IG Airtangan Tunku Azizah. Hari-hari mesti jenguk Tunku ada update masakan apa. Beberapa hari lepas Tunku ada masak Sardin with Baked Beans. Uishhh.. rare betul masakan ni. First time saya tengok. Tengok je dah sedap. Hati membuak-buak nak cuba masakan tu.

Kebetulan kat rumah sume bahan ada, so ape lagi malam ni kite masaklah Sardin Baked Beans with Lempeng Kelapa berlemak. Saya tak tau apa resepinya tapi saya agak-agak je la. Surprisingly MashaAllah sedapnya. Jangan risau tak pelik dan tak hanyir. Anyway saya just kongsi resepi saya ye. You all boleh je ubah ikut selera you all.

Bahan-Bahan:

  • Sardin 1 tin (saya guna tin kecil)
  • Baked beans 1 tin (saya guna tin kecil)
  • Bawang putih 4 ulas (mayang halus)
  • Bawang Merah kecil banyak-banyak (mayang tebal sikit)
  • Cili padi merah dan hijau 15 btg campur warna (dalam 4 batang mayang untuk ditumis, yang balance just koyakkan sikit supaya keluar pedas)
  • Cili giling dalam 2 sudu besar (jika suka, tapi saya tak pakai sebab malas nak blend)
  • Sos cili 2 sudu besar
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Kicap manis 2 sudu besar
  • Daun bawang sikit di mayang
  • Tomato kecil 4 biji (potong 4)
  • Garam gula perasa (jika perlu, saya tak pakai dah sebab dah sedap terasa)

Cara Memasak:

1. Goreng dulu ikan sardin (untuk hilangkan hanyir tapi hati-hati die akan meletop kuat). Tumis bawang putih dan sikit bawang dan cili padi yang diracik.

2. Masukkan lebihan sos sardin, sos cili, sos tiram, dan kicap. Tumis sebentar dan masukkan lebihan bawang besar dan cili tadi dan seterusnya masukkan baked beans. Gaul rata kemudian masukkan tomato dan masak seketika.

3. Akhir sekali, masukkan sardin yang dah digoreng dan daun bawang. Gaul rata dan siap!.

Resepi lempeng kelapa berlemak (cara saya)

Bahan-Bahan:

  • Tepung gandum dalam 3 cawan kecil*
  • Butter atau minyak masak dalam 1/3 cawan kecil*
  • 500 ml. susu fresh milk*
  • 1 cawan kecil kelapa muda parut (suka lebih letak lebih)
  • 1 sudu kecil garam*
  • 1 sudu besar gula*

Caranya: Blend halus semua bahan bertanda * dan masukkan kelapa. Perap dalam 4 jam dan boleh masak. Kalau tak nak perap pun tak pe. Batter memang agak cair supaya lembut.

Resepi Sardin Baked Beans ala Tunku Azizah

Resepi Oleh: Tina Zahra Zamanuddin