
Resepi Kuih Puteri Ayu Lembut Bak Sutera
Kuih Puteri Ayu atau Seri Ayu. Kuihnya lembut bak sutera. Hari ni ariana nak share cara ariana buat kuih lembut bak sutera ni.
Bahan-Bahan:
- 3 cawan tepung gandum
- 4 biji telur (gred B)
- 1 1/2 cawan gula halus
- 1 1/2 cawan santan (1 kotak santan kara + 1/2 cawan air)
- 1 sudu besar ovallete
- 1 sk baking powder
- 1 sk perisa pandan
- 2 sk pewarna hijau
Bahan Inti Kelapa:
- 1 biji kelapa (warna putih sahaja)
- 1sk garam
- 1 sudu besar tepung ubi
P/S – Kuantiti 1 kotak santan kara ariana sama dengan 1 cawan air. Jika tak cukup 1 cawan, boleh tambah air. Dapat 45 biji. Acuan tu kena sapu minyak dulu.
Cara Membuat:
1. Mula-mula mix telur, ovallete, perisa pandan, gula halus dan pewarna hijau sehingga sebati. Pastikan adunan masih cair. Masukkan pulak baking powder dan tepung yang telah di ayak. Mix sampai sebati. Adunan ni memang likat. Bila mix dah sebati terus matikan mixer.
2. Masukkan pula santan dan mix sebati. Pastikan adunan licin dan tak terlampau pekat. Untuk senang letak dalam acuan, ariana letak dalam pipping bag.
3. Untuk bahagian kelapa, masukkan garam dan tepung ubi. Kacau bagi sebati. Kalau tak cukup masin boleh tambah garam. Sapu acuan dengan minyak dulu. Ariana letak kelapa dalam 3/4 sudu besar. Nak letak kurang pun boleh. Jangan membukit pulak.
4. Untuk bagi padat. Ariana tekan dengan acuan lain bahagian atas kelapa. Dan tekan pula dengan jari kat atas kelapa supaya padat. Lepas tu kukuslah adunan selama 10 minit. Taknak letak dalam loyang pun takpe. Pastikan letak adunan paras acuan je atau kurang sikit.
5. Bila kuih dah masak. Naik dengan gebunya. Dah suam sikit bolehlah keluarkan dari acuan. Sekarang bolehlah dihidang.
Resepi Oleh: Ariana Sofia Ahmad